Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Rumah musnah dalam kebakaran di Tudan Desaras Fasa 6
  • KEBAKARAN

Rumah musnah dalam kebakaran di Tudan Desaras Fasa 6

Utusan Sarawak 10 hours ago

MUSNAH… Sebuah rumah musnah terbakar dalam kejadian di Tudan Desaras Fasa 6 di Miri malam tadi. Foto JBPM Sarawak. 

MIRI: Sebuah rumah musnah dalam satu kebakaran yang berlaku di Tudan Desaras Fasa 6 di sini, malam tadi. Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 8.40 malam.

Katanya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lutong digerakkan ke lokasi yang terletak pada jarak 11 kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi, Bomba mendapati sebuah rumah tidak kekal terbakar 100 peratus. Tiada penghuni berada di dalam rumah.

“Pasukan bomba kemudian bertindak membuat pemadaman sehingga api berjaya dikawal pada 9.10 malam,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Semasa kejadian pemilik sebenar tiada di lokasi

“Pemilikan rumah belum dapat dipastikan daripada maklumat setempat,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Bomba Bintangor kawal kebakaran belukar di Jalan Kelupu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.