Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Hari Wanita Sarawak bakal diadakan 2 Ogos depan
  • TEMPATAN

Hari Wanita Sarawak bakal diadakan 2 Ogos depan

Utusan Sarawak 14 hours ago
DATO Sri Fatimah Abdullah pada sidang media Mesyuarat Sambutan Hari Wanita Sarawak 2025 di Wisma Wanita, di sini, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Hari Wanita Sarawak (HW25) pada tahun ini bakal diadakan pada 2 Ogos depan di Kompleks Dewan Undangan Negeri, di sini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, tema ‘Diversity, Equality, Equity and Inclusivity (D2EI)’ telah dipilih pada tahun ini bagi meraikan kesaksamaan pelbagai identiti tanpa mengira perbezaan dari segi latar belakang dan keupayaan fizikal.

“Sambutan Hari Wanita ini diadakan untuk meraikan dan menghargai sumbangan wanita Sarawak dalam pembangunan keluarga, negeri dan negara kita.

“Kita mengiktiraf sumbangan wanita dalam pembangunan Sarawak serta dalam usaha memperkasakan diri sendiri dan keluarga mereka.

“Pada hari sambutan tersebut, kita juga memberi tumpuan kepada satu aktiviti khusus bagi mengiktiraf pencapaian dan kejayaan wanita Sarawak yang telah mengharumkan nama Sarawak khususnya dan Malaysia amnya dalam pelbagai bidang tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Mesyuarat Sambutan Hari Wanita Sarawak 2025 di Wisma Wanita, di sini, hari ini.

Dato Sri Fatimah berkata, jemputan yang dibuat bersifat inklusif, melibatkan penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat di seluruh negeri ini termasuk disalurkan melalui aplikasi Zoom, melibatkan wakil-wakil wanita dari 45 daerah.

Tambahnya, wanita-wanita di peringkat daerah juga akan terlibat dan sedikit peruntukan diberikan bagi membolehkan mereka mengikuti sambutan Hari Wanita ini serta menganjurkan sambutan di peringkat daerah masing-masing.

Selain itu katanya, jemputan hanya dihadkan kepada 800 orang sahaja, maka jemputan tidak melibatkan semua usahawan wanita serta wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Turut diadakan, penyampaian Anugerah Tokoh Wanita Sempena HW25 iaitu Anugerah Premier Sarawak Kepimpinan Wanita, Usahawan Wanita, Penggiat Sosial, Pencapaian Khas, NGO Cemerlang dan Pemimpin Muda.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka hadir menyempurnakan majlis itu nanti. -UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pusat Perlindungan Bayi bukan galak hamil luar nikah
Next: Landslide remedial works in Tabuan Heights to commence immediately

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.