
SARATOK: Mohamad Naziman dinobatkan juara kategori ikan seberat 208 gram, manakala Abang Abdul Zulfasyraf memenangi kategori udang dengan tangkapan seberat 146 gram pada Pertandingan Memancing sempena Pesta Saratok 2025 di Dermaga Komersial Saratok dekat Tebingan Sungai Krian, semalam.
Dengan kejayaan itu, Mohamad Naziman dan Abang Abdul Zulfasyraf masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500 dan hamper.
Bagi tempat kedua telah dimenangi oleh Amirudin Sarudin dengan udang seberat 50 gram berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM300 dan hamper.
Sementara itu, ditempat ketiga pula disandang oleh Collin Andrew yang berjaya mendaratkan udang seberat 43 gram dan berjaya membawa pulang wang tunai RM200 dan hamper. Pemenang ditempat keempat hingga ke-10 hanya membawa hadiah berupa hamper.
Tempat kedua pula, Mohd Syeifa yang berjaya mendaratkan ikan seberat 180 gram membawa pulang wang tunai RM300 dan hamper, manakala ditempat ketiga dimenangi oleh Abu Supian dengan tangkapan ikan seberat 151 gram dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM200 dan hamper. Pemenang ditempat keempat hingga ke-10 bagi kategori ini hanya membawa hadiah berupa hamper.
Kesemua hadiah pemenang telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka, Kaunselor Kasdi Pandi yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri.
Pertandingan Memancing sempena Pesta Saratok 2025 yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat ADUN Kalaka dengan kerjasama Pergerakan Sayap Belia 1828 PBB Cawangan Kalaka ini telah disertai seramai 60 peserta.
Turut hadir Setiausaha Kehormat PBB Cawangan Kalaka, Gapor Ahmad dan Ketua Pergerakan Pemuda Cawangan Kalaka, Harjam Jemain.
Oleh Adi Safarman