Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Pelajar digalak pilih aliran sains – ADUN Meradong
  • PENDIDIKAN

Pelajar digalak pilih aliran sains – ADUN Meradong

Utusan Sarawak 10 hours ago
UNTUK ALBUM… Datuk Ding Kuong Hiing bergambar bersama penerima insentif. 

BINTANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing menggesa lebih ramai pelajar agar memilih aliran Sains di peringkat menengah atas, selaras dengan tumpuan kerajaan Sarawak terhadap pembangunan bidang baharu seperti tenaga hijau, aeroangkasa dan teknologi.

Menurut beliau, penguasaan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) adalah penting bagi melahirkan tenaga kerja yang berdaya saing dan mampu memenuhi keperluan sektor strategik tersebut.

“Bermula 2026, kerajaan Sarawak pimpinan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menawarkan pendidikan tinggi secara percuma dalam bidang strategik di universiti seperti Swinburne Sarawak, Curtin Miri, UTS Sibu dan UPM Sarawak, Bintulu.

“Selain itu, pelajar dari keluarga berpendapatan di bawah RM1,500 juga bakal menerima elaun tahunan sebanyak RM15,000 sebagai bantuan kos sara hidup sepanjang pengajian. 

“Ini menunjukkan komitmen kerajaan Sarawak dalam membina masa depan anak-anak Sarawak,” katanya ketika berucap pada majlis Pemberian Insentif SPM 2024 di Stadium Chen Ling Mei di sini.

Katanya, majlis diadakan bagi menghargai pencapaian luar biasa para pelajar dalam bidang akademik, sekali gus menyuntik semangat kepada generasi muda untuk terus mengejar kecemerlangan dalam pendidikan.

“Insentif ini bukan sekadar ganjaran, tetapi juga simbol dorongan kepada pelajar lain untuk berusaha lebih gigih.

“Paling penting kita bersama-sama meraikan kejayaan ini sebagai tanda dorongan dan penghargaan kepada usaha gigih pelajar. 

“Insentif ini diharap menjadi motivasi kepada pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5 untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan akan datang,” katanya.

Beliau turut menyerahkan insentif kepada 55 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kai Chung.

Turut hadir Pengetua SMK Kai Chung, Nguang Seng. 

Oleh Earl Anek 

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Pencapaian luar biasa MRSM Betong SPM 2024, wajar dijadikan inspirasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.