Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 14 cedera dalam kebakaran pusat data di Kaherah
  • GLOBAL

14 cedera dalam kebakaran pusat data di Kaherah

Utusan Sarawak 8 hours ago
ORANG ramai melihat anggota bomba memadamkan api selepas kebakaran berlaku di Stesen Pertukaran Talian Tetap Telefon dan bangunan Kementerian Perhubungan Komunikasi di tengah Kaherah pada 7 Julai 2025. Foto AFP

KAHERAH:  Seramai 14 orang cedera dalam kebakaran membabitkan  sebuah bangunan telekomunikasi di ibu negara Mesir, Kaherah pada Isnin.

Insiden itu menyebabkan gangguan sebahagian perkhidmatan telekomunikasi dan internet di kawasan metropolitan ‘Greater Cairo’, lapor Xinhua.

Kementerian Kesihatan Mesir dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan.

Agensi berita rasmi MENA melaporkan bahawa pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran di bangunan ‘Ramses Central Exchange’ dan mengambil tindakan lanjut bagi memastikan kebakaran tidak berulang.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Telekomunikasi Kebangsaan Mesir memaklumkan kerja-kerja sedang dijalankan untuk menilai tahap kerosakan dan memulihkan perkhidmatan secara berperingkat.– Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Agensi cuaca Indonesia keluar amaran ombak besar setinggi 6 meter di perairan Bali
Next: Keputusan tarif Trump ‘amat dukacita’ – PM Jepun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.