
KUCHING: Kempen derma darah akan diadakan pada Ahad, 13 Julai ini bertempat di Moonrise Garden, Gala City, bermula dari 9.00 pagi hingga 2.00 petang.
Kempen ini dianjurkan dengan kerjasama Moonrise Garden Bar dan Lounge dan BR Convenience Store serta mendapat sokongan penuh daripada Borneo Medical Centre (BMC). Dengan slogan “Darah Anda, Harapan Mereka”.
Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pentingnya menderma darah untuk menyelamatkan nyawa.
Menurut penganjur, satu pendermaan darah mampu membantu sehingga tiga orang pesakit untuk terus hidup serta pemeriksaan kesihatan secara percuma juga akan disediakan kepada semua penderma yang hadir.
Orang ramai yang berminat untuk menyertai kempen ini digalakkan untuk mendaftar lebih awal dan sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat melalui talian +6012-8030818.
Oleh Norman B