Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pemuzik ditahan pukul rakan serumah
  • JENAYAH

Pemuzik ditahan pukul rakan serumah

Utusan Sarawak 12 hours ago

KUALA LUMPUR:  Seorang ahli muzik berusia 46 tahun ditahan polis semalam selepas disyaki memukul rakan serumahnya menggunakan batang pemegang gitar di Pandan Indah, Ampang Jaya di sini Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata kejadian berlaku selepas mangsa, lelaki berusia 52 tahun terdengar bunyi hempasan pintu bilik air pada 6.30 pagi.

“Kerana tidak berpuas hati, mangsa keluar daripada biliknya dan menghempas pintu bilik air itu semula, kemudian suspek yang tinggal di sebelah bilik mangsa keluar membawa batang besi (pemegang gitar) dan terus memukul mangsa di bahagian tangan.

“Suspek turut mengugut akan membawa kawannya untuk memukul mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Azam berkata susulan kejadian itu pihaknya menahan seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai pemuzik pada 4.45 petang semalam di Pandan Jaya dan merampas sebatang pemegang gitar warna hitam bagi membantu siasatan.

“Hasil ujian air kencing suspek didapati negatif dadah dan semakan menunjukkan suspek tiada rekod jenayah lampau. Suspek kemudian dibebaskan selepas keterangannya dirakam,” katanya.

Mohd Azam berkata siasatan turut mendapati mangsa dan suspek pernah beberapa kali berselisih faham dan bertengkar berpunca daripada masalah bunyi bising alat muzik yang dimainkan oleh suspek hingga menyebabkan mangsa tidak dapat berehat.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah. — Bernama

Continue Reading

Previous: Lapan kru kapal tunda ditahan APMM di perairan Bintulu
Next: 17 mesin kripto dirampas, kegiatan haram guna sambungan elektrik tanpa meter

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.