Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lapan kru kapal tunda ditahan APMM di perairan Bintulu
  • JENAYAH

Lapan kru kapal tunda ditahan APMM di perairan Bintulu

Utusan Sarawak 15 hours ago
KAPAL tunda berkenaan ditahan sekitar 0.38 batu nautika barat daya Batu Kura-Kura ketika rondaan rutin oleh APMM. Foto APMM Bintulu

BINTULU: Kapal tunda ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Bintulu ketika rondaan petang semalam kerana disyaki gagal mematuhi syarat sah lesen.

Kapal itu ditahan sekitar 2.00 petang pada kedudukan 0.38 batu nautika barat daya Batu Kura-Kura oleh pasukan rondaan APMM Bintulu yang melaksanakan Operasi Tiris 3.0 dan OP Permai 01/2019.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata, hasil pemeriksaan mendapati kapal dikendalikan lapan kru termasuk nakhoda warga Indonesia berusia antara 23 hingga 48 tahun.

“Kapal tunda itu disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 22(2A), Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana gagal memaklumkan secara bertulis kepada Pendaftar Kapal mengenai pertukaran nama nakhoda dalam sijil pendaftaran kapal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

LAPAN kru dijumpai atas kapal tunda berkenaan. Foto APMM Bintulu

Tambah beliau, kesalahan tersebut memperuntukkan hukuman kompaun sehingga RM2,500.

Kapal tunda bersama semua kru kemudiannya diiring masuk ke Pusat Tahanan Kapal Tunda Zon Maritim Bintulu untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut.

Beliau turut mengingatkan komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang dan prosedur keselamatan semasa berada di laut.

Sebarang aduan atau maklumat kecemasan boleh disalurkan ke talian 999, Pusat Operasi Zon Maritim Bintulu di 086-314254 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di 082-432544 yang beroperasi 24 jam.

Oleh Carolyne Utih

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Wanita rugi RM200,000 diperdaya pegawai SKMM, polis palsu
Next: Pemuzik ditahan pukul rakan serumah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.