Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Latihan keselamatan kebombaan komuniti perlu diperluas di Sarawak
  • TEMPATAN

Latihan keselamatan kebombaan komuniti perlu diperluas di Sarawak

Utusan Sarawak 15 hours ago
SIDANG MEDIA… Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Badan Peneraju Industri (ILB) Bidang Kebombaan Zon Utara 2025 di Dewan Suarah Bintulu, hari ini.

BINTULU: Pendekatan menyeluruh melibatkan latihan keselamatan kebombaan dalam komuniti perlu digiatkan bagi memperkukuh budaya pencegahan dan kesiapsiagaan terhadap risiko kebakaran serta letupan industri di Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, insiden letupan industri yang berlaku di Bintulu dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini membuktikan keperluan mendesak untuk membentuk kesedaran dan perubahan sikap dalam kalangan pekerja serta masyarakat.

UCAPAN… Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berucap merasmikan Seminar Badan Peneraju Industri (ILB) Bidang Kebombaan Zon Utara 2025 di Dewan Suarah Bintulu, hari ini.

“Latihan sebegini bukan hanya penting di tempat kerja tetapi juga dalam komuniti dan keluarga. 

“Ia membantu mewujudkan persekitaran yang lebih selamat dan responsif terhadap risiko.

“Kegagalan sistem boleh membawa kepada kegagalan tadbir urus, namun puncanya sering kali adalah tingkah laku manusia. 

“Justeru, latihan perlu diperkasakan dan sentiasa dikemas kini agar semua pihak tahu apa yang perlu dilakukan dalam menghadapi kecemasan,” katanya.

SEKITAR 500 peserta dari pelbagai sektor industri mengikuti Seminar Badan Peneraju Industri (ILB) Bidang Kebombaan Zon Utara 2025 di Dewan Suarah Bintulu, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Badan Peneraju Industri (ILB) Bidang Kebombaan Zon Utara 2025 anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak bersama Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp), di Dewan Suarah Bintulu, hari ini.

Menurut beliau, usaha pencegahan dan keselamatan kini perlu bergerak seiring dengan pendekatan proaktif seperti ramalan risiko dan penggunaan teknologi terkini.

“Kita tidak boleh lagi hanya bergantung kepada tindakan memadam kebakaran. 

“Pencegahan, ramalan serta pendekatan proaktif perlu menjadi norma baharu, seiring dengan aspirasi Premier Sarawak untuk membangunkan negeri ini melalui ekonomi digital termasuk teknologi kecerdasan buatan (AI),” ujarnya.

Seminar yang menghimpunkan lebih 500 peserta dari pelbagai sektor industri itu turut disokong oleh Persatuan Sukan dan Kebajikan Bomba Sarawak (PESKEBS) serta Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Ia bertujuan meningkatkan kompetensi industri dalam aspek kebombaan selaras dengan keperluan keselamatan dan pembangunan mampan negeri.

Oleh Carolyne Utih

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Access road to Kuching International Airport nears completion, says Wilfred Yap
Next: Semua premis disasar miliki perakuan Bomba menjelang akhir tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.