

NOTIS pemberitahuan kerja membaik pulih permukaan jalan menggunakan bahan campuran asfalt di Jambatan Sungai Bintangor, Jalan Datuk Ajibah Abol ditutup sementara waktu.
KUCHING: Jalan Datuk Ajibah Abol yang menghubungkan Masjid Bandar Kuching ke Kampung No.1 akan ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan bermula 5 Julai hingga 6 Julai 2025 bagi memberi laluan kepada kerja membaik pulih permukaan jalan menggunakan bahan campuran asfalt di kawasan Jambatan Sungai Bintangor.
Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, penutupan ini penting bagi memastikan keselamatan dan kelancaran kerja pembaikan jalan.
Pembukaan separuh jalan akan dilaksanakan pada 7 Julai 2025 dan hanya dibuka pada waktu tertentu sahaja seperti berikut sesi pagi pada 5.00 pagi hingga 9.00 pagi, sesi tengah hari pada 11.30 pagi hingga 2.00 petang dan sesi petang pada 4.30 petang hingga 8.30 malam.
Sebarang pertanyaan berkenaan aliran trafik boleh diajukan kepada Pejabat JKR Bahagian Kuching di talian 082-203414 (waktu pejabat sahaja).
JKR turut menasihati pengguna jalan raya agar berhati-hati ketika berada di kawasan pembinaan dan mematuhi arahan keselamatan yang ditetapkan.
Untuk maklumat lanjut, layari jkr.sarawak.gov.my atau ikuti saluran rasmi Jabatan Kerja Raya Sarawak di media sosial.