Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Dialog JBALB Serian-JKKK tumpu penyelesaian masalah bekalan air
  • Selatan
  • WILAYAH

Dialog JBALB Serian-JKKK tumpu penyelesaian masalah bekalan air

Utusan Sarawak 1 day ago
SATU sesi dialog antara Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Serian bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Meboi, Kampung Linsat/Batu Kudi, Kampung Krangan serta kawasan sekitarnya telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Serian, hari ini. 

SERIAN: Satu sesi dialog antara Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Serian bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Meboi, Kampung Linsat/Batu Kudi, Kampung Krangan serta kawasan sekitarnya telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Serian, hari ini.

Dialog berkenaan telah diketuai oleh Jurutera Bahagian JBALB Serian, Ir. Ts. Qairuniza Roslan, yang telah memberi penerangan terperinci berkaitan isu bekalan air yang dihadapi oleh penduduk di kawasan terlibat.

Menurut beliau, gangguan bekalan air serta langkah penyelesaian yang sedang dan akan diambil oleh pihak JBALB bagi memastikan bekalan air bersih dapat disalurkan secara konsisten kepada penduduk.

Tambahnya, sesi dialog sebegini amat penting sebagai medium komunikasi dua hala yang membolehkan pihak JBALB mendapatkan maklumat sebenar dari lapangan, di samping memberi penjelasan dan pemahaman yang lebih jelas kepada komuniti setempat mengenai usaha dan cabaran yang dihadapi dalam pengurusan bekalan air.

“Inisiatif ini disambut baik oleh para wakil komuniti yang hadir, dan mereka turut menyuarakan harapan agar isu-isu yang dibangkitkan dapat ditangani dengan lebih berkesan dalam masa terdekat,” katanya.

Oleh Norman B

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sebahagian jalan masuk Blok B Hospital Miri ditutup sementara mulai malam ini
Next: Giat usaha jaga keselamatan, keselamatan komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.