Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Suspek ditemukan mati selepasa bunuh 2 anggota bomba AS dalam serangan hendap
  • GLOBAL

Suspek ditemukan mati selepasa bunuh 2 anggota bomba AS dalam serangan hendap

Utusan Sarawak 13 hours ago

SAN FRANCISCO:  Suspek yang disyaki menembak dua anggota bomba sehingga maut dan mencederakan seorang lagi dalam serangan hendap pada Ahad di negeri Idaho, Amerika Syarikat, ditemukan mati, lapor Xinhua memetik pegawai tempatan.

Syerif Daerah Kootenai, Robert Norris pada sidang media Ahad malam berkata kejadian berlaku awal petang ketika anggota bomba sedang bertindak balas terhadap kebakaran belukar di Gunung Canfield berhampiran Bandar Coeur d’Alene. Anggota bomba melaporkan mereka ditembak oleh individu tidak dikenali yang bersembunyi di dalam hutan.

Satu pasukan tindak balas taktikal menggunakan data telefon bimbit untuk mengesan kawasan hutan di mana mereka menemui mayat suspek bersama senjata api berhampiran, kata Norris sambil menambah: “Kami percaya hanya terdapat seorang penembak di gunung itu pada masa kejadian.”

Jurucakap Kootenai Health mengesahkan ketiga-tiga anggota bomba dibawa ke hospital, dengan dua daripada mereka disahkan meninggal dunia sebaik tiba, manakala seorang lagi sedang dirawat akibat kecederaan.

Anggota bomba yang cedera ‘baru sahaja selesai menjalani pembedahan’ dan ‘dilaporkan dalam keadaan stabil,’ kata syerif kepada pemberita.

Pihak berkuasa tidak mendedahkan identiti suspek. Dengan kebakaran semakin hampir, mereka terpaksa ‘mengangkat’ mayat suspek untuk siasatan lanjut, kata Norris.

Kami percaya suspek memulakan kebakaran itu, dan kami percaya ini adalah serangan hendap yang disengajakan,” katanya. “Anggota bomba ini tidak mempunyai peluang untuk menyelamatkan diri.”

Menurut kenyataan terdahulu oleh pejabat syerif, arahan perlindungan di tempat telah ditarik balik pada Ahad malam, namun kebakaran belukar masih aktif. — Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: 20 mayat, sebahagiannya dipenggal, ditemui di kubu kartel dadah Mexico
Next: Jerman: Bom Perang Dunia Kedua ditemukan di Osnabruck, 20,000 dipindahkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.