Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Tapak pelupusan sampah terbakar, hampir satu hektar terjejas
  • KEBAKARAN

Tapak pelupusan sampah terbakar, hampir satu hektar terjejas

Utusan Sarawak 4 days ago
PEMADAMAN KEBAKARAN….Anggota bomba memadamkan kebakaran sampah di tapak pelupusan sampah di Jalan Selalang, petang semalam. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Kebakaran melibatkan kawasan seluas hampir satu hektar berlaku di tapak pelupusan sampah di Jalan Selalang di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 3.37 petang.

“Sepasukan anggota yang diketuai komander operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Kilok Lampas, segera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, didapati kebakaran sedang berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah tersebut,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut dilakukan sebelum anggota menggunakan dua aliran kekili hos untuk operasi pemadaman.

“Tiada sumber air berdekatan dan pili bomba terdekat terletak lebih kurang empat kilometer dari lokasi kejadian.

“Namun begitu, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 4.30 petang dan operasi ditamatkan sekitar 5.58 petang,” jelasnya.

Oleh Earl Anek

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Tiga selamat dalam insiden kereta terbakar di Bekenu
Next: Tindakan pantas warga SMK Medamit selamatkan asrama dari musnah terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.