
MIRI: Seramai 15 peserta dari Hospital Miri, Limbang, Marudi dan Lawas telah menyertai Kursus Pertengahan Untuk Pegawai Kualiti – Juara Bangunan (Intermediate Course for Quality Officer: Building Champions) yang berlangsung di Pusat Falak, Miri baru-baru ini.
Menurut kenyataan Hospital Miri, kursus tersebut telah diadakan pada 23 dan 24 Jun lepas sebagai kesinambungan daripada Kursus Pemula (Beginner) yang dilaksanakan sebelum ini.
“Peserta yang terpilih untuk kursus ini adalah mereka yang telah memperoleh markah cemerlang dalam ujian akhir Kursus Pemula sebelum ini,” jelas kenyataan itu.
Sepanjang kursus berlangsung, peserta diberi pendedahan mendalam serta melaksanakan pembentangan projek Lean Healthcare, iaitu inisiatif peningkatan kualiti penjagaan kesihatan yang boleh dilaksanakan di hospital atau jabatan masing-masing.
Oleh Adum Liu