Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gangguan bekalan air berjadual di Sebuyau pada Sabtu ini
  • Selatan
  • WILAYAH

Gangguan bekalan air berjadual di Sebuyau pada Sabtu ini

Utusan Sarawak 10 hours ago
NOTIS gangguan bekalan air berjadual di Sebuyau pada Sabtu ini.

SEBUYAU: Penduduk di beberapa kawasan dalam Daerah Sebuyau dinasihatkan agar membuat persediaan awal berikutan gangguan bekalan air berjadual yang akan berlaku pada Sabtu ini, bermula dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Menurut kenyataan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB), gangguan ini bertujuan memberi laluan kepada kontraktor projek menjalankan kerja-kerja flushing paip bersaiz 600mm MSCL dari Kampung Sabun ke Loji Simunjan.

Antara kawasan yang akan terjejas termasuk Kampung Seruyuk, Kampung Ladong, Kampung Plaie, Kampung Nibong, Kampung Segali, Kampung Lubok Manta, Kampung Sampat, Kampung Tungkak Melayu, Pasar Sebangan, Kampung Lumut, Kampung Tungkak Arus Iban/Melayu/Cina, Kampung Bajong, Kampung Tebelu, Kampung Mambai, Kampung Raba, Kampung Beliong, kawasan Ferry Triso serta kawasan sekitar.

JBALB menasihati penduduk yang terlibat supaya menyimpan bekalan air secukupnya bagi keperluan harian sepanjang tempoh gangguan.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Call Centre JBALB Sarawak di talian 082-262211 atau menghubungi JBALB Samarahan Careline di 016-8747092.

Orang ramai juga digalakkan mengikuti perkembangan terkini menerusi laman web rasmi http://jbalb.sarawak.gov.my atau Facebook: jbalbsarawak dan Instagram: jbalbsarawak.

Oleh Norman B.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APM Marudi laksana tindakan segera kes sarang serangga
Next: Projek SMK Tudan disambung semula, dijangka beroperasi Jun 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.