Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pelajar perempuan ditemukan maut di Cyberjaya disyaki dibunuh
  • JENAYAH

Pelajar perempuan ditemukan maut di Cyberjaya disyaki dibunuh

Utusan Sarawak 10 hours ago
GAMBAR hiasan.

SEPANG: Seorang pelajar perempuan sebuah universiti tempatan ditemukan maut dipercayai dibunuh di sebuah kondominium di Cyberjaya pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata laporan polis berhubung penemuan pelajar berusia 20 tahun yang dalam keadaan tidak sedarkan diri itu, diterima pada 10.28 pagi.

“Hasil pemeriksaan awal di lokasi kejadian mendapati mangsa, seorang pelajar perempuan sebuah universiti tempatan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati tidak terdapat sebarang kesan pecah masuk di kediaman mangsa. 

“Pemeriksaan lanjut ke atas tubuh mangsa mendapati terdapat kecederaan pada bahagian kepala. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Idris Shah Serdang untuk bedah siasat. 

“Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian disebabkan blunt force trauma to the head dan tiada kesan kecederaan yang boleh dikaitkan dengan rogol,” katanya.

Norhizam berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Sehubungan itu, beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat ASP Mohd Husny Hussien di talian 012-9307860 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

“Polis memandang serius insiden ini dan menggesa orang ramai agar bertenang, tidak membuat sebarang spekulasi atau berkongsi maklumat tidak benar yang boleh menjejaskan siasatan serta tidak mengambil sebarang tindakan yang melanggar undang-undang,” katanya. 

-Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 76 individu ditahan dalam Ops Sapu di Kabong
Next: 57 notis saman dikeluarkan dalam Ops Bersepadu di Jalan Miri-Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.