Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Rumah musnah terbakar di Miri, warga emas cedera terjun selamatkan diri
  • KEBAKARAN

Rumah musnah terbakar di Miri, warga emas cedera terjun selamatkan diri

Utusan Sarawak 12 hours ago
MARAK…Anggota bomba memadamkan kebakaran rumah yang terbakar dalam kejadian di Lorong Desaras 1A/4, Jalan Perdana di Miri malam tadi. Foto JBPM Zon Miri

MIRI: Rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Lorong Desaras 1A/4, Jalan Perdana malam tadi.

Kebakaran yang berlaku kira-kira 10.00 malam itu, menyebabkan seorang lelaki berusia  65 tahun mengalami kecederaan di bahagian belakang akibat terjun dari tingkap dapur rumah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah  berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 10.09 malam.

MARAK…Anggota bomba memadamkan kebakaran rumah yang terbakar dalam kejadian di Lorong Desaras 1A/4, Jalan Perdana di Miri malam tadi. Foto JBPM Zon Miri

Katanya, sepasukan bomba dari BBP Lutong dan dibantu BBP Lopeng  ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi memadam kebakaran.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah struktur separuh kekal berkeluasan 30×40 kaki telah terbakar lebih kurang 100 peratus.

“Kebakaran turut memusnahkan sebuah kenderaan,” katanya.

Henry berkata, operasi pemadaman terus  dilakukan  menggunakan satu salur bantu mula, satu nozel 200 kaki dan sumber air pili bomba.

“Pasukan bomba  berjaya mengawal kemarakan api ke rumah sebelah yang jaraknya agak rapat,” katanya.

Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan pihak forensik bomba.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Rumah separuh kekal musnah dalam kebakaran di Miri
Next: Rumah musnah dalam kebakaran, lima sekeluarga hilang tempat tinggal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.