Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pengerusi NGO disyaki suspek utama seleweng dana RM26 juta – Azam Baki
  • JENAYAH

Pengerusi NGO disyaki suspek utama seleweng dana RM26 juta – Azam Baki

Utusan Sarawak 11 hours ago
KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki. Foto Bernama

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenal pasti pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Melaka sebagai suspek utama kes penyelewengan dana berjumlah RM26 juta sumbangan orang awam bagi tujuan kebajikan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata lima individu termasuk pengerusi dan pengurus kewangan NGO berkenaaan yang sebelum ini direman tujuh hari bagi membantu siasatan, telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Beliau berkata dana RM26 juta itu dipindahkan dari akaun rasmi NGO terbabit ke akaun individu tertentu, dipercayai untuk tujuan peribadi termasuk pembelian aset.

“Kita kesan suspek membelanjakan dana untuk diri sendiri termasuk membeli harta seperti tanah dan bangunan menggunakan sumbangan orang ramai bagi membantu masyarakat Syria dan tujuan kebajikan lain,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Azam berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu pecah amanah dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

“Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk usaha mengesan semua transaksi dan harta diperoleh menggunakan dana tersebut,” katanya.

Azam berkata NGO itu berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan dikategorikan sebagai badan awam dalam konteks undang-undang SPRM.

“Justeru, sebarang penyalahgunaan kuasa oleh individu memegang jawatan dalam organisasi itu boleh disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009,” katanya.

Baru-baru ini, SPRM menahan lima individu termasuk pengerusi, setiausaha, bendahari dan pegawai kewangan sebuah pertubuhan menerusi Op Serantau kerana disyaki menyeleweng dana NGO mereka.

SPRM turut menyita pelbagai aset bernilai lebih RM8 juta, termasuk wang tunai melebihi RM1 juta, barang kemas dianggarkan bernilai RM100,000, akaun kripto kira-kira RM650,000 serta empat unit rumah bernilai lebih RM1.4 juta dalam operasi tersebut. – Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Transaksi sukarela antara punca mangsa tertipu – BNM
Next: 76 individu ditahan dalam Ops Sapu di Kabong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.