Ular sawa ditemui di belakang rumah berjaya ditangkap

Facebook
WhatsApp
DITANGKAP…..Ular sawa ditangkap menggunakan alat penjerut ular oleh anggota bomba.
-Foto BBP Sarikei 

SARIKEI: Seekor ular sawa berjaya ditangkap oleh pasukan bomba selepas dikesan bersembunyi di belakang sebuah rumah di Lorong 3, Jalan Talapia, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 12.54 tengah hari.

Bertindak atas maklumat, Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) Redzuan Hussain bersama dua anggota bergegas ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, kami mendapati seekor ular sawa berada di bahagian belakang rumah tersebut. Operasi menangkap ular dijalankan menggunakan alat penjerut khas,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, ular berkenaan berjaya ditangkap dalam tempoh kira-kira 12 minit dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 1.10 petang.

“Ular sawa tersebut kemudian dilepaskan semula ke habitat asal yang jauh dari kawasan penempatan penduduk,” ujarnya.

Oleh Earl Anek