Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek jalan baharu Selalang-Kerubong-Sare-Sarikei sepanjang 7km diluluskan, kos RM56 juta
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek jalan baharu Selalang-Kerubong-Sare-Sarikei sepanjang 7km diluluskan, kos RM56 juta

Utusan Sarawak 10 hours ago
UCAPAN… Datuk Len Talif Salleh berucap pada majlis Pengerami Ngiling Bidai bertempat di Dewan Masyarakat Kerubong, semalam.

SARIKEI: Cadangan pembinaan jalan sepanjang tujuh kilometer (km) dari Selalang ke Kerubong, Sare dan seterusnya ke Sarikei dengan anggaran kos sebanyak RM56 juta telah diluluskan. 

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, ketika ini kerja survei jajaran sedang dilaksanakan. 

SELAMAT DATANG… Ketibaan Datuk Len Talif Salleh disambut mesra oleh penduduk setempat.

“Ia akan menjadi laluan alternatif kepada penduduk di kawasan Kabong, Sessang, Nyabor dan Gerigat untuk ke Sarikei dan Sibu selain Lebuh Raya Pan Borneo.

“Jalan baharu ini akan menjimatkan masa perjalanan dan memberi manfaat kepada penduduk 13 rumah panjang. 

“Mereka juga bakal menikmati kemudahan asas seperti bekalan air bersih dan elektrik,” katanya.

Len Talif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang berkata demikian ketika berucap pada majlis Pengerami Ngiling Bidai bertempat di Dewan Masyarakat Kerubong, semalam. 

NGILING BIDAI… Datuk Len Talif Salleh dan Ir. Yusuf Abd Wahab bersama yang lain melakukan upacara Ngiling Bidai.

Beliau turut menggesa penduduk setempat supaya terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) supaya lebih banyak projek pembangunan dapat direalisasi dan dilaksanakan. 

“Saya berharap penduduk tidak mudah terpengaruh dengan pihak tertentu yang hanya pandai menjanjikan perkara belum pasti. 

“Jangan kerana terperdaya dengan janji manis, kita sendiri yang menanggung kerugian,” katanya yang juga Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). 

Katanya, janji manis tersebut belum tentu dapat direalisasikan oleh pihak tertentu khususnya yang hanya bermotifkan politik semata-mata demi meraih sokongan.

“Ramai yang datang menabur janji, tetapi belum tentu mereka mampu membawa perubahan. 

“Kepimpinan kerajaan GPS hari ini telah terbukti komited memperjuangkan nasib rakyat Sarawak,” katanya lagi. 

Turut hadir Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir. Yusuf Abd Wahab. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penanaman pokok antara usaha tangani perubahan iklim
Next: Ular sawa ditemui di belakang rumah berjaya ditangkap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.