Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Hakim Danish tempat kedua di Itali, kekal pendahulu kejuaraan
  • SUKAN

Hakim Danish tempat kedua di Itali, kekal pendahulu kejuaraan

Utusan Sarawak 22 hours ago
HAKIM Danish Ramli terpaksa berpuas hati menamatkan saingan di tempat kedua selepas dipintas pada saat akhir dalam Perlumbaan Dua Pusingan Keempat Kejuaraan Red Bull MotoGP Rookies Cup (RBMRC) 2025 di Litar Mugello, Florence, Itali, hari ini.

KUALA LUMPUR: Pelumba sensasi negara Hakim Danish Ramli terpaksa berpuas hati menamatkan saingan di tempat kedua selepas dipintas pada saat akhir dalam Perlumbaan Dua Pusingan Keempat Kejuaraan Red Bull MotoGP Rookies Cup (RBMRC) 2025 di Litar Mugello, Florence, Itali, hari ini.

Meskipun bermula di petak kelima, pelumba berusia 17 tahun itu mempamerkan aksi konsisten sepanjang perlumbaan sebelum ketinggalan hanya 0.011 saat (s) di belakang pelumba Indonesia, Veda Pratama, yang muncul juara dengan catatan masa 26 minit 44.347s.

Tempat ketiga menjadi milik wakil Sepanyol, Benat Fernandez.

Kemenangan itu menyaksikan Veda meraih gelaran juara berganda selepas turut menjuarai Perlumbaan Satu semalam, manakala Hakim Danish hanya menamatkan saingan di tempat ke-13.

Bagaimanapun, kedudukan Hakim Danish selaku pendahulu keseluruhan kejuaraan kekal kukuh apabila beliau mengumpul 148 mata, melebarkan jurang dengan pencabar terdekat dari Sepanyol, Brian Uriarte (116 mata), manakala Veda di tangga ketiga dengan 92 mata.

Pelumba muda negara itu dijadual meneruskan cabaran di pusingan seterusnya yang akan berlangsung di Litar Sachsenring, Saxony, Jerman pada 12 dan 13 Julai ini.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Samarahan Bike Challenge 2025 catat kejayaan, tarik penyertaan antarabangsa
Next: Liek Hou terus unggul, rangkul dua gelaran para Asia di Thailand

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.