Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ikan keli mengganas di Jerman, cederakan lima perenang
  • GLOBAL

Ikan keli mengganas di Jerman, cederakan lima perenang

Utusan Sarawak 10 hours ago

Seekor ikan keli yang agresif berukuran lebih dua meter dan seberat sekitar 90 kilogram mencederakan sekurang-kurangnya lima perenang di Tasik Brombach di negeri Bavaria di selatan Jerman, kata polis. - Foto Media Sosial.

MUNICH: Seekor ikan keli agresif bersaiz dua meter dan seberat kira-kira 90 kilogram (kg) mencederakan sekurang-kurangnya lima perenang di Tasik Brombach dekat Bavaria, Jerman. 

Menurut laporan agensi berita Jerman dpa yang memetik polis semalam, seorang pegawainya terpaksa menembak ikan besar itu menggunakan senjata.

Tindakan itu terpaksa diambil selepas mendapati ikan terbabit berbahaya kepada perenang. 

Bangkai ikan itu kemudian dialih menggunakan bot. 

Insiden berlaku pada lewat petang kelmarin berhampiran sebuah pulau terapung, di mana ikan gergasi itu dilapor berkeliaran dan menyerang orang yang berada dalam air berulang kali. 

Petugas paramedik Palang Merah berada di tempat kejadian untuk merawat perenang yang mengalami kecederaan. 

Biarpun ikan keli sebesar ini bukanlah luar biasa di Jerman tetapi kadangkala ia mencetuskan kebimbangan. 

Lebih 20 tahun lalu, seekor ikan keli gergasi diberi jolokan ‘Kuno si pembunuh’ menarik perhatian media antarabangsa, selepas menelan seekor anjing kecil dekat sebuah tasik di negara itu, berhampiran sempadan Poland. 

Bangkai ikan keli dipercayai Kuno dijumpai di sebuah kolam besar dekat bandar Mochengladback pada 2003.

Bangkai Kuno kemudiannya diawet dan dipamerkan di sebuah muzium. – Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Lagi pesawat terima ancaman bom, memaksa penerbangan haji Indonesia dilencongkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.