Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi dan isteri berkunjung ke Food Republic Reunion
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi dan isteri berkunjung ke Food Republic Reunion

Utusan Sarawak 18 hours ago
TUN Wan Junaidi dan isteri berkunjung ke Food Republic Reunion di Stadium Negeri pada 7.30 petang tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi berkunjung ke program Food Republic Reunion yang berlangsung di ruang parkir Stadium Negeri pada 7.30 petang tadi.

Ketibaan Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah yang diiringi anaknya, Sharifah Fariah telah disambut oleh Pengarah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Ramzi Abdillah; Ketua Bahagian Perlesenan DBKU, Sahary Mohd Sanusi Sahari serta penganjur program, Sharifah Mothar.

Program yang menghimpunkan sebanyak 52 vendor dari Kuala Lumpur dan Kuching itu menampilkan pelbagai sajian serta produk tempatan yang menarik seperti laksa penang, nasi kandar, aneka minuman dan minyak wangi.

TUN Wan Junaidi dan isteri berkunjung ke Food Republic Reunion di Stadium Negeri pada 7.30 petang tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

Program ini juga difahamkan telah dianjurkan secara konsisten selama tiga tahun berturut-turut dan menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada warga Sarawak.

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah turut berkenan meninjau gerai-gerai yang mengambil bahagian sambil beramah mesra dengan para pengunjung dan sebahagian daripada mereka turut mengambil peluang untuk merakam gambar kenangan bersama.

TUN Wan Junaidi dan isteri merakamkan gambar kenangan bersama pengunjung di Food Republic Reunion, Stadium Negeri pada 7.30 petang tadi. Foto Astana Negeri Sarawak

Beliau merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam penganjuran program ini dan berharap agar ia dapat diteruskan pada masa akan datang.

Katanya, usaha sebegini bukan sahaja menyemarakkan suasana bandar, malah turut menjadi platform penting dalam memupuk semangat keusahawanan serta memperkukuh hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai lapisan di negeri ini.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: ‘Ngiling Tikai’ simbolik penutupan Gawai
Next: MFS Batu Kawa siap dibina, tunggu kelulusan operasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.