Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ‘Ngiling Tikai’ simbolik penutupan Gawai
  • TEMPATAN

‘Ngiling Tikai’ simbolik penutupan Gawai

Utusan Sarawak 17 hours ago
ROY Angau Gingkoi merasmikan Majlis Ngiling Tikai anjuran PIBG SK Melaban dekat sini baru-baru ini. Foto Facebook Roy Angau Gingkoi

LUBOK ANTU: Upacara ‘Ngiling Tikai’ sebagai simbolik penutupan sambutan Hari Gawai, bukan sekadar satu acara kebudayaan, tetapi turut mencerminkan penghargaan terhadap warisan masyarakat Dayak.

Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi berkata tradisi ini menyatukan pelbagai lapisan masyarakat termasuk komuniti setempat, warga pendidik serta para pemimpin tempatan dalam suasana penuh muhibah.

“Majlis tersebut bukan sahaja menjadi platform untuk meraikan identiti budaya yang kaya tetapi juga mengukuhkan hubungan silaturahim dan semangat perpaduan antara semua yang hadir.

“Semangat kebersamaan yang dipamerkan dalam sambutan ini mencerminkan kekuatan masyarakat majmuk dalam mengekalkan keharmonian dan semangat kekitaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Ngiling Tikai anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Melaban dekat sini baru-baru ini.

Komitmen beliau untuk terus memperjuangkan akses pendidikan yang lebih baik serta memperkukuh hubungan antara pemimpin dan rakyat dizahirkan melalui kehadiran dan sokongan berterusan dalam program sebegini. 

Kehadiran beliau bukan sekadar simbolik, malah menunjukkan keprihatinan terhadap keperluan pendidikan di peringkat akar umbi dan usaha untuk mendekati rakyat secara langsung.

Program seperti ini menjadi landasan penting dalam mempererat jalinan kerjasama antara kerajaan, masyarakat dan institusi pendidikan demi masa depan generasi akan datang.

Pada majlis tersebut, Roy turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada PIBG SK Melaban sebagai sokongan kepada usaha memperkasakan pendidikan dan pembangunan sekolah luar bandar.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: RM15,000 jadi rebutan Raja Sungai Regata Kalaka 2025
Next: Tun Wan Junaidi dan isteri berkunjung ke Food Republic Reunion

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.