Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tujuh PPS di Serian dinaik taraf, perkukuh kesiapsiagaan bencana
  • TEMPATAN

Tujuh PPS di Serian dinaik taraf, perkukuh kesiapsiagaan bencana

Utusan Sarawak 20 hours ago
ADUN Tarat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn menyempurnakan Majlis Merun Kasah dan Penghargaan Petugas MTL 2025 yang berlangsung semalam. Foto UKAS

SERIAN: Sebanyak tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Bahagian Serian sedang dinaik taraf sebagai langkah proaktif kerajaan negeri dalam meningkatkan kesiapsiagaan infrastruktur dan memperkukuh sistem sokongan komuniti menghadapi bencana, terutama semasa Monsun Timur Laut (MTL).

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn semasa Majlis Merun Kasah dan Penghargaan Petugas MTL 2025 yang berlangsung semalam.

Selain itu, beliau turut mendedahkan bahawa sebanyak 55 cadangan projek berkaitan bencana telah dikemukakan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dengan anggaran kos keseluruhan mencecah RM31.7 juta.

Projek-projek yang dicadangkan merangkumi kerja-kerja membaik pulih kawasan yang terjejas akibat bencana seperti banjir, tanah runtuh, hakisan serta pokok tumbang.

ADUN Tarat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn menyempurnakan Majlis Merun Kasah dan Penghargaan Petugas MTL 2025 yang berlangsung semalam. Foto UKAS

Langkah ini dilihat sebagai usaha menyeluruh dalam memperkukuh keupayaan tindak balas bencana serta meminimumkan risiko kerosakan pada masa hadapan.

“Bencana kali ini amat mencabar kerana berlaku ketika sambutan Tahun Baru Cina. Namun, tindakan pantas dan kerjasama semua agensi serta komuniti setempat telah memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat terpelihara,” ujar beliau.

Beliau turut mengiktiraf usaha Residen Bahagian Serian, Caroline Cleophas Joseph selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian bersama pegawai daerah, ketua masyarakat serta para penderma yang memberikan bantuan dalam pelbagai bentuk sepanjang bencana MTL 2025 yang melibatkan lebih 2,500 penduduk di Serian.

“Bantuan dan sumbangan ini bukan sahaja menyelamatkan nyawa, malah menjadi simbol kemanusiaan dan solidariti masyarakat Sarawak,” tambah beliau.

Dalam pada itu, sebanyak RM780,000 Bantuan Wang Ihsan (BWI) telah diluluskan oleh JPBN Sarawak untuk disalurkan kepada 780 ketua isi rumah yang berpindah ke PPS antara 28 Januari hingga 6 Februari 2025.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Amaran rebut petir di tujuh negeri, WP Labuan hingga 5.00 petang ini
Next: UNIFOR sumbang RM200,000 kepada Tokong Fung Shan Shu Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.