Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Petronas Stakan sumbang bakul makanan kepada 60 keluarga kurang berkemampuan
  • TEMPATAN

Petronas Stakan sumbang bakul makanan kepada 60 keluarga kurang berkemampuan

Utusan Sarawak 15 hours ago
PENYERAHAN Bakul Makanan kepada 60 ketua keluarga kurang berkemampuan di sekitar kawasan Stakan. 

KOTA SAMARAHAN: Stesen minyak Petronas Stakan yang dikendalikan oleh Syarikat Kos Synergy telah menghulurkan sumbangan bakul makanan kepada 60 ketua keluarga kurang berkemampuan di sekitar kawasan Stakan.

Sumbangan itu disalurkan sempena acara amal Majlis Penyerahan Bakul Makanan dan Sambutan Ulang Tahun ke-10 stesen berkenaan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, enam kampung di sekitar stesen terpilih untuk menerima bantuan tersebut.

RAKAMAN gambar kenangan.

Kampung berkenaan ialah Kampung Bukit Berangan, Kampung Sungai Pendam, Kampung Sungai Empit, Kampung Merdang Gayam, Kampung Pangkalan Kuap dan Kampung Stakan Melayu.

“Pada hari ini, kita mengadakan satu majlis yang mana sumbangan akan diberikan kepada 60 penduduk dalam bentuk barangan makanan asas untuk keperluan mereka.

“Inisiatif ini dianjurkan oleh stesen minyak Petronas Stakan dengan kerjasama Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Stakan bersempena ulang tahun ke-10 stesen,” katanya kepada media hari ini.

UCAPAN… Datuk Hamzah Brahim berucap pada majlis Penyerahan Bakul Makanan dan ulangtahun ke-10 stesen.

Sementara itu, Pengurus Petronas Stakan Khairunnizan Othman berkata, program ini bukan sekadar memberi bantuan, tetapi juga meningkatkan kesedaran mengenai  tanggungjawab sosial.

“Melalui kerjasama ini, kami berharap dapat menginspirasi lebih ramai individu dan organisasi untuk turut serta dalam khidmat masyarakat,” jelasnya.

Setiap pakej bantuan makanan bernilai RM100 itu mengandungi barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, makanan dalam tin dan mi segera.

Pada masa yang sama, Datuk Hamzah Brahim telah dimaklumkan oleh pengurus stesen mengenai program kempen minyak masak terpakai yang akan dilaksanakan pada 27 Julai ini. Program tersebut menawarkan khidmat pembelian minyak masak terpakai, dan diharap dapat membantu penduduk sekitar menjana pendapatan sampingan dengan menjual minyak masak yang telah digunakan di rumah.

Turut hadir, Pegawai Daerah Samarahan, Ahmad Abdul Razal dan Pengurus Jualan Runcit Petronas Wilayah Sarawak, Joseline Adong Francis.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi dan isteri luangkan masa bersarapan pagi bersama keluarga di Fian Cafe
Next: Lebih banyak taman lalu lintas akan dibina di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.