Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Platform penting bina keyakinan diri
  • PENDIDIKAN

Platform penting bina keyakinan diri

Utusan Sarawak 1 day ago
UNTUK ALBUM... Datuk Ding Kuong Hiing bergambar bersama yang lain di Pertandingan Lagu Bahasa Cina SJKC 2025.

BINTANGOR: Pertandingan Lagu Bahasa Cina Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) 2025 Daerah Meradong bukan sekadar mempamerkan bakat, tetapi juga merupakan sebuah platform penting untuk murid membina keyakinan diri, meluahkan emosi serta mewarisi budaya Cina. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, melihat sekumpulan kanak-kanak yang penuh semangat dan keberanian berdiri di atas pentas, mempersembahkan lagu dengan penuh bakat dan semangat amat menyentuh hati serta membanggakan. 

“Saya yakin bahawa pendidikan seni memainkan peranan yang penting dalam pembangunan menyeluruh semua murid. 

“Menerusi aktiviti sebegini, ia bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan penghayatan seni, malah dapat memupuk interaksi dan kerjasama antara pelajar serta menyuburkan semangat berpasukan serta kesedaran untuk bersaing secara sihat,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian pertandingan tersebut bertempat di salah sebuah restoran, semalam. 

Pertandingan ini merupakan anjuran Persatuan Lembaga Bersatu Pengurusan Sekolah Rendah Cina Bantuan Bahagian Sarikei. 

Koung Hiing turut berterima kasih kepada para guru di setiap sekolah yang telah mencurahkan tenaga dan masa dalam membimbing serta melatih anak-anak murid dengan penuh sabar dan ikhlas. 

“Usaha murni ini merupakan elemen yang amat penting dalam perjalanan pertumbuhan para pelajar. 

“Peranan ibu bapa amat penting kerana sentiasa memberi sokongan dan galakkan dalam memberi ruang untuk perkembangan minat anak-anak,” katanya. 

Turut hadir Pengerusi Persatuan Lembaga Bersatu Pengurusan Sekolah Rendah Cina Bantuan Bahagian Sarikei, Sia Sie Ong; Pengerusi Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Meradong, Chiew Hua Kin dan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Nyanyian, Wong Tiong Lee. 

Oleh Earl Anek 

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Kerajaan semak semula skim gaji pendidik KEMAS – Ahmad Zahid
Next: Tiga pelajar UTM cipta mesin pencetak layan diri 24 jam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.