Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Raptai penuh Perarakan Gawai Dayak 2025 berjalan lancar di Kuching
  • TEMPATAN

Raptai penuh Perarakan Gawai Dayak 2025 berjalan lancar di Kuching

Utusan Sarawak 15 hours ago
DATUK Gerawat Gala meninjau raptai penuh sempena Perarakan Gawai Dayak 2025 di sekitar Bangunan Tun Jugah hari ini sebagai persiapan menjelang acara kemuncak yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini. Foto UKAS

KUCHING: Raptai penuh sempena Perarakan Gawai Dayak 2025 berlangsung dengan lancar di sekitar Bangunan Tun Jugah hari ini sebagai persiapan menjelang acara kemuncak yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini.

Raptai tersebut turut disaksikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Datuk Gerawat Gala bagi meninjau persiapan akhir menjelang acara sebenar.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Perarakan Gawai Dayak 2025, Kennedy Chukpai Ugon, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi I, Datuk Liwan Lagang, Ahli Parlimen Baram, Dato Anyi Ngau serta ADUN Ba’kelalan merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Perarakan Gawai Dayak 2025, Baru Bian.

RAPTAI penuh sempena Perarakan Gawai Dayak 2025 berlangsung dengan lancar di sekitar Bangunan Tun Jugah hari ini sebagai persiapan menjelang acara kemuncak yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini. Foto UKAS

Sesi taklimat keselamatan dan pergerakan perarakan telah diadakan terlebih dahulu sebelum raptai dimulakan melibatkan semua pasukan dan urus setia yang terlibat.

Perarakan yang dijadualkan esok akan menampilkan 90 kontinjen termasuk 12 perarakan kenderaan berhias daripada pelbagai suku kaum Dayak di Sarawak seperti Orang Ulu, Iban dan Bidayuh.

Perarakan akan bermula pada 2.00 petang dari Bangunan Tun Jugah dan berakhir di Pentas Utama Tebingan Sungai Kuching meliputi laluan sepanjang 1.2 kilometer.

Acara itu bakal dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta dijangka menarik ribuan pengunjung tempatan serta pelancong domestik.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pesta Babulang 2025 di Limbang, bakal dihadiri Premier Sarawak
Next: Sebastian Ting gives UNIFOR cheque RM500,000 for Sikh Temple 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.