Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Pelajar universiti rugi RM100,400, terjerat hutang akibat skim pelaburan palsu
  • JENAYAH

Pelajar universiti rugi RM100,400, terjerat hutang akibat skim pelaburan palsu

Utusan Sarawak 16 hours ago
KETUA POLIS DAERAH SIBU….ACP Zulkipli Suhaili.

SIBU: Gara-gara mahu mendapat pulangan yang tinggi dalam masa singkat, seorang pelajar universiti bukan sahaja kerugian RM100,400 tetapi terpaksa menanggung hutang selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu pada Mei lalu melayari aplikasi facebook dan terlihat satu iklan pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi dalam masa singkat. 

Katanya, mangsa telah berminat dengan iklan tersebut dan memberikan nombor telefon melalui pautan yang disediakan.

“Seterusnya, mangsa telah dihubungi melalui aplikasi whatsapp oleh satu nombor telefon dan dimasukkan ke dalam satu kumpulan whatsapp bernama “hifa homin international finance academic.”

“Di dalam kumpulan tersebut, admin kumpulan telah memberi arahan dan tunjuk ajar cara-cara membuat pelaburan serta berkongsi testimoni dan tangkap layar kononnya menunjukkan keuntungan pelaburan yangtelah diterima oleh pelabur lain,” katanya menerusi siaran media.

Katanya, sehingga laporan dibuat mangsa tidak memperoleh sebarang keuntungan dari pelaburan tersebut dan sedari telah ditipu.

“Mangsa telah membuat pemindahan wang sebanyak tujuh kali transaksi secara keseluruhan sejumlah RM100,400 ke dalam lima akaun tempatan yang berlainan,” kata beliau.

Zulkipli memberitahu, mangsa mula menyedari telah ditipu apabila makciknya mempersoalkan tentang pelaburan ini selepas mangsa meminta pinjaman wang daripadanya. 

“Kesemua pembayaran yang dibuat adalah menggunakan wang yang dipinjam daripada rakan dan makcik mangsa dan mangsa membuat laporan bagi siasatan lanjut pihak polis. Satu kertas siasatan dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” tegasnya.

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 16 OKJ ditahan semula dalam operasi AADK di Miri, Subis
Next: Lelaki acu pistol mainan direman tiga hari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.