Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 16 OKJ ditahan semula dalam operasi AADK di Miri, Subis
  • JENAYAH

16 OKJ ditahan semula dalam operasi AADK di Miri, Subis

Utusan Sarawak 13 hours ago

SERAMAI 16 Orang Kena Jamin (OKJ) terdiri daripada enam individu dari Daerah Subis dan 10 lagi dari kawasan Bandaraya Miri, telah ditahan semula dalam Operasi Kesan yang dijalankan oleh AADK Daerah Miri pada 16 dan 17 Jun 2025. Foto AADK

MIRI: Seramai 16 Orang Kena Jamin (OKJ), terdiri daripada enam individu dari Daerah Subis dan 10 lagi dari kawasan bandar raya Miri, telah ditahan semula dalam Operasi Kesan yang dilaksanakan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Miri pada 16 dan 17 Jun 2025.

Menurut kenyataan AADK Sarawak semalam, kesemua OKJ berkenaan sebelum ini gagal hadir semasa dalam tempoh jaminan yang ditetapkan oleh pihak AADK.

Katanya, operasi yang bermula 8.00 pagi itu melibatkan kekuatan seramai 10 pegawai AADK dan dilaksanakan di beberapa lokasi berasingan di sekitar Daerah Subis dan Miri.

“Kesemua OKJ yang ditahan telah diperintahkan untuk menjalani rawatan dan pemulihan di institusi mengikut peruntukan di bawah Seksyen 6(1)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan 1998).

“Mereka akan ditempatkan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Kuching bagi menjalani rawatan selama dua tahun,” katanya.

Selain itu, tambahnya, dua lagi individu turut diperintahkan untuk mengikuti rawatan dan pemulihan dalam komuniti selama dua tahun mengikut Seksyen 6(1)(b) akta yang sama.

Justeru, operasi ini dilihat sebagai usaha berterusan AADK dalam memastikan kepatuhan terhadap perintah jaminan serta komitmen serius agensi dalam memulihkan individu yang terlibat dengan penagihan dadah.

Oleh Adum Liu

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Suspect brandishing fake pistol caught
Next: Pelajar universiti rugi RM100,400, terjerat hutang akibat skim pelaburan palsu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.