Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pesawat Qantas alami kerosakan selepas langgar jambatan udara di di Lapangan Terbang Brisbane
  • GLOBAL

Pesawat Qantas alami kerosakan selepas langgar jambatan udara di di Lapangan Terbang Brisbane

Utusan Sarawak 2 days ago
CERMIN depan pesawat Qantas pecah selepas pesawat itu bersentuhan dengan jambatan jet penumpang di Lapangan Terbang Brisbane.

SYDNEY:  Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Qantas mengalami kerosakan selepas melanggar jambatan udara atau ‘aerobridge’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane pada petang Rabu, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut Brisbane Times, Penerbangan QF186 dari Queenstown, New Zealand melanggar jambatan udara itu kira-kira 6.40 petang waktu tempatan sejurus selepas mendarat.

Foto yang disiarkan akhbar itu menunjukkan cermin hadapan pesawat jenis Boeing 737-800 retak akibat insiden berkenaan.

Tiada kecederaan dilaporkan dan semua penumpang turun dari pesawat menggunakan tangga.

Jurucakap Qantas memaklumkan bahawa siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian.

“Pesawat itu akan diperiksa oleh jurutera di Brisbane dan dibaiki sebelum kembali beroperasi,” katanya.

Ini merupakan insiden kedua melibatkan jambatan udara di Lapangan Terbang Brisbane dalam tempoh kurang sebulan.

Pada 22 Mei, pesawat Air New Zealand Penerbangan NZ146 mengalami kerosakan pada badan pesawat selepas bersentuhan dengan jambatan udara semasa berundur dari pintu pelepasan, menyebabkan penerbangan ke Auckland dibatalkan.– Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Jepun rancang bawa keluar 90 rakyat, ahli keluarga melalui jalan darat
Next: Singapura sahkan dua kes Zika di Woodlands

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.