Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Sindiket kasut tiruan tumpas, KPDN rampas barangan bernilai RM400,000
  • JENAYAH

Sindiket kasut tiruan tumpas, KPDN rampas barangan bernilai RM400,000

Utusan Sarawak 2 weeks ago

PENGARAH Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur Mohd Sabri Seman (tengah) bersama Ketua Penguatkuasa Negeri (KPDN) Kuala Lumpur Mohd Shahran Mohd Arshad (kanan) menunjukkan rampasan kasut dan selipar tiruan berjenama mewah pada sidang media di Stor Ekshibit KPDN, hari ini. Satu sindiket pengedaran kasut dan selipar tiruan berjenama mewah berjaya ditumpaskan selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas lebih 15,000 pasang barangan tiruan bernilai RM400,000 di sebuah kompleks pemborong berhampiran Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini, Isnin lepas. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR:  Satu sindiket pengedaran kasut dan selipar tiruan berjenama mewah berjaya ditumpaskan selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas lebih 15,000 pasang barangan tiruan bernilai RM400,000 di sebuah kompleks pemborong berhampiran Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini, Isnin lepas.

Pengarah KPDN Kuala Lumpur Mohd Sabri Seman berkata rampasan itu dilakukan hasil risikan selama dua minggu ke atas lapan stor penyimpanan dan dua premis pameran yang digunakan untuk operasi borong kepada peruncit di seluruh negara.

“Selipar dijual semula kepada peruncit pada harga antara RM20 hingga RM30 sepasang, setelah dibeli pada harga serendah RM4. Bagi kasut pula, dibeli pada harga serendah RM20 dan dijual semula pada harga antara RM100 hingga RM120,” katanya pada sidang media di Stor Ekshibit KPDN, hari ini.

Seorang lelaki tempatan berusia awal 20-an yang juga pekerja premis terbabit ditahan bagi membantu siasatan, manakala pemilik perniagaan dikenal pasti sebagai warganegara Malaysia.

Katanya sindiket beroperasi sejak dua bulan lalu dan turut menerima tempahan dari Sabah dan Sarawak.

Kes disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Setakat ini, KPDN Kuala Lumpur telah membuka sebanyak 64 kes berkaitan harta intelek dengan nilai rampasan mencecah RM1.5 juta melibatkan 30,100 unit barangan, selain 10 tangkapan di bawah Ops Jeriji 6.0 tahun ini.

“KPDN Kuala Lumpur akan terus mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan undang-undang harta intelek di bawah Akta Cap Dagangan 2019, Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Hak Cipta 1987 secara berterusan dalam membanteras penjualan barangan tiruan,” katanya.

Mohd Sabri turut menasihatkan pengguna agar tidak menyokong barangan tiruan dan memberi amaran keras kepada pihak yang melanggar undang-undang sedia ada, termasuk risiko hukuman berat kepada peniaga yang ingkar.– Bernama

Continue Reading

Previous: 13 ditahan, sisa e-waste bernilai lebih RM19 juta dirampas di Sarawak
Next: Rasuah: Tiga termasuk dua ADUN Sabah akan didakwa bulan ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.