Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pelaburan minyak global djangka susut 6 peratus kepada sekitar AS$420 bilion pada 2025 – IEA
  • GLOBAL

Pelaburan minyak global djangka susut 6 peratus kepada sekitar AS$420 bilion pada 2025 – IEA

Utusan Sarawak 13 hours ago

MOSCOW:  minyak global dijangka menyusut sebanyak enam peratus kepada sekitar AS$420 bilion pada 2025 berikutan kejatuhan harga minyak dan iklim pelaburan yang tidak menentu, menurut laporan Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) pada Selasa.

“Kejatuhan mendadak harga minyak pada awal 2025 dan iklim pelaburan yang tidak menentu telah mendorong eksekutif minyak di seluruh dunia menilai semula keutamaan sektor huluan mereka… pelaburan sektor huluan minyak dijangka merosot enam peratus kepada sekitar AS$420 bilion pada 2025, dengan penyusutan terbesar dilihat dalam kategori ‘light tight oil’ di Amerika Syarikat,” menurut laporan itu.

IEA turut menjangkakan kapasiti pengeluaran minyak global akan meningkat sebanyak 5.1 juta tong sehari.

“Kapasiti pengeluaran minyak dunia dijangka meningkat sebanyak 5.1 juta tong sehari kepada 114.7 juta tong sehari menjelang 2030, diterajui oleh Arab Saudi dan Amerika Syarikat – jauh melebihi jangkaan peningkatan permintaan minyak global sebanyak 2.5 juta tong sehari,” kata laporan itu.– Bernama-Sputnik/RIA Novosti

Continue Reading

Previous: Gunung Lewotobi meletus lagi, muntah abu setinggi 11km
Next: Ronaldo hantar mesej keamanan kepada Trump

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.