Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 21 peserta hadiri kursus pengurusan penternakan ayam di UPMKB
  • Utara
  • WILAYAH

21 peserta hadiri kursus pengurusan penternakan ayam di UPMKB

Utusan Sarawak 11 hours ago
PARA peserta kursus pengurusan penternakan ayam Siri ke-3 bergambar bersama sijil penyertaan selepas tamat kursus anjuran Pusat Pertanian Putra, UPMKB.

BINTULU: Seramai 21 peserta telah menyertai kursus pengurusan penternakan ayam yang berlangsung baru-baru ini di Pejabat Pusat Pertanian Putra, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB).

Menurut kenyataan UPMKB, para peserta hadir dari pelbagai daerah di Sarawak, termasuk Bintulu, Kuching, Kapit, Sibu, Kota Samarahan, Dalat, Mukah, Roban, Debak, Betong dan Niah (Miri).

Menariknya, kursus kali ini turut disertai sepasang suami isteri warganegara Filipina yang bekerja di Brunei, membuktikan minat mendalam mereka terhadap bidang penternakan ayam meskipun datang dari luar negara.

SERAMAI 21 peserta dari pelbagai daerah di Sarawak menyertai kursus pengurusan penternakan ayam anjuran UPMKB di Pejabat Pusat Pertanian Putra, baru-baru ini.

Pegawai Pertanian Kanan PPP@UPMKB, yang juga penyelaras dan penceramah kursus, Ts. Dr. Carlina Freddie Simol @ Rachellynna, berkata penganjuran kursus ini bertujuan memberi pendedahan menyeluruh kepada peserta yang berminat menceburi industri penternakan ayam.

“Antara kandungan utama kursus ini merangkumi keperluan asas penternakan, penyediaan reban, pengurusan harian, penjagaan kesihatan ayam, penyediaan makanan ternakan secara efisien serta strategi menangani cabaran biasa dalam penternakan,” jelas beliau.

Selain sesi teori, peserta turut didedahkan kepada aktiviti amali melibatkan demonstrasi pemilihan telur untuk penetasan, teknik pemotongan paruh ayam, serta kaedah pemberian vaksin, yang dibimbing oleh dua staf berpengalaman Pusat Pertanian Putra, iaitu Jega Jantai dan Yusri Drahman.

PARA peserta mendengar dengan teliti semasa kursus tersebut di UPMKB baru-baru ini.

UPMKB berharap penganjuran kursus seumpama ini dapat memberikan manfaat jangka panjang kepada peserta serta menjadi pemangkin kepada lebih ramai individu untuk menceburi bidang penternakan secara berilmu, sistematik dan berdaya saing.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pustaka Miri anjur Kempen Derma Darah suku tahun kedua pada 21 Jun ini
Next: Lebih 200 ibu bapa sertai bengkel keibubapaan KEMAS Daro

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.