Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Warga Malaysia ditahan cuba seludup dadah di pusat pemeriksaan Woodlands
  • JENAYAH

Warga Malaysia ditahan cuba seludup dadah di pusat pemeriksaan Woodlands

Utusan Sarawak 10 hours ago
PIHAK Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) serta Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam kenyataan bersama memaklumkan bahawa pegawai ICA menemukan satu bungkusan yang dipercayai mengandungi dadah di belakang ruang sarung tangan dalam sebuah kereta berdaftar Malaysia semasa pemeriksaan ketat di Pusat Pemeriksaan Woodlands.

SINGAPURA:  Seorang lelaki warga Malaysia berusia 30 tahun ditahan pada Sabtu kerana cuba menyeludup dadah bernilai lebih S$173,000 (S$1 = RM3.30), termasuk kira-kira 1.4 kilogram heroin ke Singapura, menurut pihak berkuasa pada Selasa.

Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) serta Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam kenyataan bersama memaklumkan bahawa pegawai ICA menemukan satu bungkusan yang dipercayai mengandungi dadah di belakang ruang sarung tangan dalam sebuah kereta berdaftar Malaysia semasa pemeriksaan ketat di Pusat Pemeriksaan Woodlands.

“Pegawai CNB segera dimaklumkan mengenai penemuan itu dan menjalankan pemeriksaan lanjut, yang kemudiannya menemukan dua lagi bungkusan di lokasi sama dalam kenderaan terbabit.

“Bungkusan-bungkusan itu kemudian disahkan mengandungi kira-kira 1,402 gram heroin, 495 gram ganja dan 115 gram dadah jenis ‘Ice’,” menurut kenyataan itu sambil menambah bahawa siasatan masih dijalankan.

Pihak berkuasa berkata dadah yang dirampas itu berpotensi untuk kegunaan kira-kira 800 penagih selama seminggu.

Di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah 1973, individu yang mengimport atau mengeksport lebih 15 gram diamorfin, atau heroin tulen ke atau dari Singapura boleh dikenakan hukuman mati.– Bernama

Continue Reading

Previous: Man arrested over viral street altercation 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.