Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 4 maut, 6 cedera dalam letupan kilang mercun di Uttar Pradesh, India
  • GLOBAL

4 maut, 6 cedera dalam letupan kilang mercun di Uttar Pradesh, India

Utusan Sarawak 14 hours ago
KELIHATAN bomba sedang memadam kebakaran sebuah kilang mercun…

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya empat wanita maut manakala enam lagi cedera dalam satu letupan di sebuah kilang mercun di negeri Uttar Pradesh, utara India pada Isnin, menurut polis, lapor Xinhua.

Letupan itu berlaku di Kampung Atrasi, daerah Amroha, kira-kira 402 kilometer barat laut Lucknow, ibu negeri Uttar Pradesh.

Pegawai kanan polis di Amroha, Amit Kumar Anand memaklumkan kepada media bahawa empat wanita terbunuh di tempat kejadian dan mayat mereka telah dihantar untuk bedah siasat. Enam wanita yang cedera telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Menurut Anand, kilang mercun itu berlesen.

Pegawai berkata mangsa sedang bekerja di dalam kilang semasa kejadian.

Letupan tersebut mengakibatkan kerosakan besar pada struktur bangunan yang terletak di tengah kawasan pertanian. Punca letupan masih belum diketahui.

Siasatan sedang dijalankan. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Penerbangan Air India patah balik ke Hong Kong akibat masalah teknikal
Next: 20 terbunuh dalam insiden keganasan di Chad

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.