Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Peruntukan RM128,000 pacu pembangunan komuniti di DUN Mulu
  • WILAYAH

Peruntukan RM128,000 pacu pembangunan komuniti di DUN Mulu

Utusan Sarawak 23 hours ago
TERIMA KASIH…Datuk Gerawat Gala menyerahkan cek MRP kepada Tuai Rumah Matan Sg Ridan B Marudi. Foto: Jiku Jukuong

MARUDI: Sejumlah RM128,000 peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) diagihkan kepada empat organisasi daripada Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Pemantauan Buruh, Imigresen dan Projek) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala.

Penyerahan cek MRP tersebut diserahkan di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu di sini hari ini.

Organisasi yang menerima cek MRP berkenaan ialah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah (Rh) Matan Sungai (Sg) Ridan B Marudi berjumlah RM3,000 bagi peruntukan untuk membeli peralatan dapur Rh Matan.

Turut menerima ialah ahli jawatankuasa (AJK) Cina Pekan Marudi atau Poyut Lubok Nibong berjumlah RM15,000 bagi peruntukan untuk aktiviti tahunan.

Organisasi lain JKKK Rh Matan Sg Ridan B Marudi  berjumlah RM29,400 bagi peruntukan untuk membeli atap Rh Matan dan RM81,000 untuk membaik pulih Rh Vincent.

Oleh Jiku Jukuong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 200 penduduk Dudong, Sibu Jaya hadiri seminar kesedaran Perkeso
Next: Operasi SAR hari kedua, lelaki hilang mencari katak di hutan Sebauh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.