Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Wanita maut kemalangan di Jalan Sibu-Durin
  • KEMALANGAN

Wanita maut kemalangan di Jalan Sibu-Durin

Utusan Sarawak 1 day ago
KEMALANGAN….Seorang wanita maut dalam kemalangan yang melibatkan motosikal dan sebuah kereta di Jalan Sibu-Durin hari ini. Foto IPD Sibu

SIBU: Seorang wanita maut manakala suaminya cedera selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Sibu-Durin, pagi tadi.

Dalam kejadian 8.35 pagi itu, mangsa wanita berusia 52 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa keluar dari simpang sebelah kiri jalan sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan yang datang dari arah Sibu.

“Penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pembonceng yang juga suaminya berusia 63 tahun mengalami patah pergelangan tangan kanan dan telah dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, motosikal yang dinaiki pasangan itu mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan, manakala kenderaan tersebut turut rosak di bahagian sama.

Katanya lagi, pemandu kenderaan tersebut merupakan lelaki berusia 42 tahun dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Satu kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Tiga remaja sesat di Taman Negara Lambir ditemui selamat
Next: Seorang maut, dua cedera kemalangan dua kereta di Jalan Bintulu-Bakun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.