Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Piala Negara-Negara FIH 2025: Malaysia ikat Pakistan 3-3
  • SUKAN

Piala Negara-Negara FIH 2025: Malaysia ikat Pakistan 3-3

Utusan Sarawak 1 day ago
PASUKAN Malaysia mencatat keputusan seri 3-3 dengan Pakistan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil malam ini. Foto Facebook MalaysianHockeyConfederation

KUALA LUMPUR: Hasrat Malaysia untuk memulakan kempen kejohanan Piala Negara-Negara Persekutuan Hoki Dunia (FIH) 2025 dengan langkah kanan tidak kesampaian apabila mencatat keputusan seri 3-3 dengan Pakistan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil malam ini.

Pada aksi Kumpulan B, Pakistan menampilkan aksi memberangsangkan apabila mendominasi suku pertama perlawanan dengan dua jaringan menerusi jaringan padang Ahmad nadeem pada minit keenam dan pukulan sudut penalti Abdul Rehman tiga minit kemudian.

Skuad kendalian Sarjit Singh mula menunjukkan permainan sebenar apabila bangkit menerusi dua gol hasil jaringan Fitri Saari pada minit ke-49 sebelum Syed Mohd Syafiq Syed Cholan menyamakan kedudukan 2-2 menerusi pukulan sudut penalti, pada minit ke-52.

Pakistan kembali di depan dua minit berselang menerusi jaringan Waheed Ashraf Rana namun Syed Mohd Syafiq menyelamatkan maruah tuan rumah apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-56.

Keputusan seri malam ini menyaksikan skuad Speedy Tigers menghuni tangga kedua kumpulan di belakang New Zealand yang mengutip tiga mata selepas mengalahkan Jepun 2-1.

Pakistan pula di tempat ketiga dengan satu mata manakala Jepun keempat tanpa sebarang mata.

Malaysia dijadualkan berdepan New Zealand pada perlawanan kedua Kumpulan B, esok.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Piala Negara-Negara FIH 2025: New Zealand lakar kemenangan pertama, tewaskan Jepun 2-1
Next: SRG.OG idam pertahan kejuaraan MSC 2025 di Riyadh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.