Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • SMD galak generasi muda terokai industri cip di TRACE 2025
  • PENDIDIKAN

SMD galak generasi muda terokai industri cip di TRACE 2025

Utusan Sarawak 1 day ago
KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) SMD, Shariman Jamil merakamkan gambar kenangan bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg baru-baru ini. Foto SMD Semiconductor

KUCHING: Sarawak sedang melakar masa depan dalam bidang teknologi dan sebagai syarikat semikonduktor milik kerajaan Sarawak, Sarawak Microelectronics Design (SMD) Semiconductor menjemput generasi baharu untuk menyertai perjalanan ini di TRACE 2025.

SMD akan berada di TRACE 2025 (Pameran Pengambilan Bakat dan Kerjaya) anjuran Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 17 hingga 18 Jun 2025 di DeTAR, UNIMAS, Kota Samarahan untuk bertemu dan berkongsi peluang kerjaya dengan para pelawat.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SMD, Shariman Jamil berkata SMD sedang mencari bakat tempatan yang bercita-cita tingi dalam bidang inovasi, penyelesaian masalah dan teknologi dalam reka bentuk cip.

Jelasnya, kerjaya dalam reka bentuk cip bukan hanya bersifat teknikal, ia memberi impak besar.

“Pereka cip memainkan peranan penting dalam membangunkan teknologi yang menggerakkan telefon pintar, kenderaan elektrik, peranti penjagaan kesihatan dan rumah pintar.

“Dengan permintaan global yang tinggi serta kestabilan kerjaya jangka panjang, bidang semikonduktor menawarkan gaji yang kompetitif, peluang kerjaya yang lebih meluas, serta kepuasan melihat cetusan idea anda direalisasikan dalam penghasilan produk sebenar.

“Daripada latihan industri sehingga ke penempatan tetap, SMD menyediakan laluan kerjaya untuk graduan membina masa depan dalam reka bentuk cip, kejuruteraan semikonduktor dan pembangunan kecerdasan buatan (AI) di Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara peluang tersebut ialah melalui Program Semiconductor Mastery iaitu program latihan selama enam bulan dalam bidang Reka bentuk Litar Bersepadu (IC) Analog dan Kejuruteraan Pembangunan Penyelesaian Ujian IC.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) serta sokongan industri daripada Melexis NV (pembekal global penyelesaian semikonduktor mikro-elektronik dari Belgium), X-Fab Sarawak (Jerman) dan Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS).

SMD turut bekerjasama rapat dengan universiti tempatan dalam menyediakan pendidikan lanjutan dan latihan khusus, termasuk melalui program pascasiswazah dalam bidang mikroelektronik bersama Universiti Swinburne Sarawak.

Penyertaan SMD dalam TRACE 2025 sejajar dengan visi Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang menyasar untuk menjadikan Sarawak sebagai hab semikonduktor bernilai tinggi di Asia Tenggara menjelang tahun 2030.

Selaras dengan visi ini, SMD menerajui usaha dalam inovasi lestari, amalan ekonomi kitaran, dan pembungkusan cip berprestasi tinggi, sekaligus membina asas untuk pertumbuhan ekonomi jangka panjang, kemajuan penyelidikan dan penciptaan pekerjaan bernilai tinggi dalam bidang AI, automotif dan reka bentuk cip bersepadu untuk masa depan Sarawak.

TRACE yang dianjurkan setiap tahun oleh UNIMAS merupakan pameran kerjaya terbesar di Sarawak dengan penyertaan lebih 80 syarikat dan menarik lebih 15,000 pengunjung.

-UKAS

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Pendidikan STEM diperkasa di DUN Bukit Saban – Douglas Uggah
Next: Pendidikan bahasa ibunda terus diperkasa dalam masyarakat majmuk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.