Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Iran lancar serangan peluru berpandu baharu ketika Israel serang Tehran
  • GLOBAL

Iran lancar serangan peluru berpandu baharu ketika Israel serang Tehran

Utusan Sarawak 20 hours ago

Iran melancarkan gelombang peluru berpandu baharu di Israel pada hari Sabtu, mencederakan beberapa orang di bangunan kediaman, manakala Israel berkata ia menyerang Tehran.

TEHRAN: Iran melancarkan gelombang serangan peluru berpandu baharu ke atas Israel semalam, mencederakan beberapa orang di kawasan kediaman, manakala Israel mengesahkan ia sedang menyerang ibu kota Tehran.

Serangan balas itu berlaku selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berikrar akan menyerang setiap sasaran di Iran, manakala Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, memberi amaran bahawa sebarang serangan lanjut akan dibalas dengan tindak balas yang lebih dahsyat dan berkuasa.

Operasi ketenteraan Israel yang bermula awal Jumaat lalu menyasarkan sistem pertahanan udara Iran serta beberapa lokasi utama program nuklear dan ketenteraan, mengorbankan puluhan nyawa termasuk komander tentera tertinggi dan saintis atom, menurut pihak berkuasa Tehran.

Semalam, Israel memaklumkan ia sedang memintas peluru berpandu baharu dari Iran, sambil meneruskan serangan terhadap sasaran ketenteraan di Tehran.

Agensi berita Iran, Tasnim, melaporkan serangan Israel menyasarkan ibu pejabat Kementerian Pertahanan di Tehran dan merosakkan satu bangunannya, namun kementerian itu belum mengulas lanjut.

Menurut Kementerian Minyak Iran, Israel turut menyerang dua depot bahan api di Tehran dan lokasi yang terjejas ialah depot di Shahran di barat laut Tehran dan satu lagi di selatan bandar itu.

Iran kemudiannya mengumumkan pelancaran gelombang serangan baharu ke arah Israel.

Perkhidmatan kecemasan Israel pula mengesahkan sebuah peluru berpandu Iran mengenai sebuah kediaman di wilayah Haifa, mencederakan 14 orang, termasuk seorang dalam keadaan kritikal.

Duta Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan 78 orang terbunuh dan 320 cedera dalam gelombang serangan pertama Israel pada Jumaat lalu.

Israel pula menyatakan tiga orang terbunuh dan 76 cedera dalam serangan dron dan peluru berpandu Iran pada malam sebelumnya.

Iran menggesa rakyatnya untuk bersatu mempertahankan negara, sementara Netanyahu mendesak rakyat Iran bangkit menentang kerajaan mereka sendiri.

Agensi berita Mehr melaporkan bahawa Tehran memberi amaran kepada Britain, Perancis dan Amerika Syarikat bahawa mereka boleh menjadi sasaran sekiranya menyokong Israel dalam konflik itu.

Susulan ketegangan, beberapa negara mengambil langkah menggantung sementara penerbangan, dengan Jordan sekali lagi menutup ruang udaranya semalam selepas membukanya seketika. – AFP

Continue Reading

Previous: 2 rakyat Australia ditembak di Bali, seorang maut
Next: Menara 67 tingkat di Dubai terbakar, lebih 3,800 dipindahkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.