Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 15 peserta sertai ceramah kesedaran kebakaran
  • Tengah
  • WILAYAH

15 peserta sertai ceramah kesedaran kebakaran

Utusan Sarawak 21 hours ago
PENGISIAN AKTIVITI… Antara pengisian aktiviti sepanjang program kesedaran awam di Rumah Pitre Ambit. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Seramai 15 peserta dari Pejabat RELA Daerah Meradong telah menyertai ceramah kesedaran mengenai kebakaran di Rumah Pitre Ambit, Skim B. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata program kesedaran awam tersebut diadakan bermula 9.00 pagi hingga 10.30 pagi, baru-baru ini. 

“Program ini disertai oleh 15 peserta dari Pejabat RELA Daerah Meradong dan dikendalikan oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Haron Jenai. 

“Antara pengisian aktiviti adalah pengajaran secara teori berkaitan kesedaran keselamatan kebakaran di premis,” katanya ketika dihubungi. 

Katanya, latihan pertolongan cemas turut diadakan semasa program tersebut. 

“Ia termasuklah tindakan rawatan awal dan latihan CPR. 

“Alhamdulillah, program berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sambutan Gawai simbol keberkatan, kesihatan, perpaduan
Next: RM180,000 diperuntuk bagi projek infrastruktur Kampung Sungai Lingkau Hilir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.