Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • ACCCIS perlu rebut peluang pelaburan dalam industri hidrogen – Abang Johari
  • SEMASA

ACCCIS perlu rebut peluang pelaburan dalam industri hidrogen – Abang Johari

Utusan Sarawak 22 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-60 Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Sarawak (ACCCIS)  malam ini. Foto UKAS

KUCHING: Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Sarawak (ACCCIS) perlu bersedia untuk merebut peluang pelaburan terutamanya dalam industri hidrogen.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelaburan dalam tenaga hidrogen merupakan langkah strategik yang perlu diambil kerana berpotensi menjadikan Sarawak sebagai peneraju tenaga masa depan meskipun kosnya tinggi.

Justeru katanya, ACCCIS digesa bersedia menjalin kerjasama strategik dengan pelabur asing dalam sektor pembuatan dan tenaga.

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-60 Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Sarawak (ACCCIS) malam ini. Foto UKAS

“Oleh sebab itu, ACCCIS boleh bekerjasama dengan para pelabur manakala kami di pihak kerajaan akan membantu inisiatif anda untuk menghasilkan produk di Sarawak.

“Sebenarnya kini, peluang sedang mengetuk pintu kita maka saya berharap ACCCIS dapat bekerjasama kerana apabila peluang itu datang, saya akan panggil anda untuk berbincang dengan mereka.

“Di situlah usahasama boleh diwujudkan dan kerajaan Sarawak akan memudahkan cara,” katanya demikian dalam Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-60 ACCCIS di sebuah hotel terkemuka malam ini.

Tambahnya, negara-negara maju kini memilih untuk menggunakan hidrogen sebagai sebahagian daripada sumber tenaga dan Sarawak mampu menghasilkan hidrogen melalui sumber air dan metana.

Oleh itu, beliau mengesyorkan dasar ekonomi Sarawak kini perlu berfokuskan kepada kekuatan yang ada iaitu penghasilan tenaga yang mampan dan bersih.

“Tenaga ialah kekuatan kita yang bukan hanya untuk eksport, tetapi juga dari sudut perindustrian kerana kalau pelabur ingin menghasilkan apa sahaja produk, mereka perlukan tenaga.

“Jika tarif tenaga kita berdaya saing dan tenaga kita mampan, pelabur akan bawa modal mereka ke sini,” ujarnya.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak kini pengeluar minyak sawit terbesar di Malaysia – Abang Johari
Next: Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Bapa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.