Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 78 terbunuh, 329 cedera serangan udara Israel ke atas Tehran
  • GLOBAL

78 terbunuh, 329 cedera serangan udara Israel ke atas Tehran

Utusan Sarawak 1 day ago

Pasukan bomba dan penduduk meninjau kawasan yang musnah akibat serangan Israel ke atas Tehran hari ini. - Foto AFP

ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 78 terbunuh manakala 329 lagi cedera dalam siri serangan udara oleh Israel yang menyasarkan ibu negara Iran, Tehran, awal pagi tadi, lapor media tempatan.

“Angka tidak rasmi korban akibat serangan pengganas rejim Zionis di wilayah Tehran hari ini dianggarkan 329 cedera dan 78 syahid,” lapor Anadolu Ajansi yang memetik agensi berita separa rasmi Iran, Fars.

Israel melancarkan serangan berskala besar pada awal Jumaat dengan menghantar kira-kira 200 pesawat untuk menyasarkan program nuklear Iran dan keupayaan peluru berpandu jarak jauhnya.

Beberapa pegawai kanan tentera dan ahli sains nuklear Iran dilaporkan terbunuh dalam serangan itu.

Iran telah berikrar untuk mengambil “tindakan balas yang keras” dan menyeru agar Mesyuarat Tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diadakan bagi menuntut Israel bertanggungjawab atas tindakannya. – BERNAMA-ANADOLU

Continue Reading

Previous: Pesawat Air India lakukan pendaratan cemas di Phuket akibat ancaman bom
Next: Beckham dikurnia Darjah Kesatria bawa gelaran Sir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.