Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Arab Saudi, Qatar venue pusingan keempat kelayakan Piala Dunia 2026
  • SUKAN

Arab Saudi, Qatar venue pusingan keempat kelayakan Piala Dunia 2026

Utusan Sarawak 1 day ago

KUALA LUMPUR: Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengumumkan Arab Saudi dan Qatar bakal menjadi tuan rumah perlawanan playoff kelayakan Asia untuk Piala Dunia 2026. 

Enam pasukan, tempat ketiga dan keempat dari kelayakan Asia baru-baru ini iaitu Indonesia, Iraq, Oman, Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu akan dibahagikan kepada dua kumpulan yang setiap satunya merangkumi tiga pasukan. 

Mereka akan bersaing dalam format berpusat dari 8 hingga 14 Oktober ini, kata AFC dalam satu kenyataan.

Pemenang setiap kumpulan akan menjamin dua tempat automatik di Piala Dunia.

Majlis undian untuk pusingan seterusnya dijadual berlangsung pada 17 Julai ini. 

Naib juara setiap kumpulan akan bermain dua perlawanan pada 13 November dan 18 November, dengan pemenang layak untuk aksi playoff antara konfederasi untuk Piala Dunia. 

AFC turut memohon yang perlawanan playoff Asia berlangsung di kawasan neutral. – AFP

Continue Reading

Previous: Liverpool sambar Wirtz dengan nilai mencecah RM667 juta – laporan
Next: Pelumba antarabangsa serikan kejohanan drift tiga hari di Litar Permyjaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.