Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pesawat Air India lakukan pendaratan cemas di Phuket akibat ancaman bom
  • GLOBAL

Pesawat Air India lakukan pendaratan cemas di Phuket akibat ancaman bom

Utusan Sarawak 2 days ago

Gambar diperoleh daripada media sosial menunjukkan pesawat Air India penerbangan AI 379 terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Phuket selepas menemui mesej ancaman bom, hari ini.

BANGKOK: Sebuah pesawat Air India yang dalam penerbangan dari Phuket, Thailand, ke New Delhi, India, terpaksa melakukan pendaratan cemas sejurus berlepas susulan ancaman bom dalam kapal terbang itu, menurut pihak berkuasa lapangan terbang Thailand, hari ini.

Insiden itu berlaku sehari selepas sebuah pesawat penumpang Air India dalam penerbangan ke London, terhempas di bandar Ahmedabad, India, mengorbankan sekurang-kurang 265 orang di dalam dan luar pesawat.

Airports of Thailand menerusi laman Facebook rasmi Phuket, memaklumkan bahawa juruterbang pesawat jenis Airbus A320 itu menghubungi pusat kawalan trafik udara selepas menemui mesej ancaman bom di dalam pesawat.

Laman penjejakan penerbangan, FlightRadar24, menunjukkan pesawat dari Phuket itu membuat pusingan U di atas Laut Andaman sejurus berlepas dan berlegar beberapa kali di ruang udara sebelum melakukan pendaratan. – AFP

Continue Reading

Previous: Nahas Air India: ‘Saya dah naik pesawat, semuanya baik.’ Itu panggilan terakhirnya’
Next: 78 terbunuh, 329 cedera serangan udara Israel ke atas Tehran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.