Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • KPM ambil serius kewujudan halaman pedofilia
  • PENDIDIKAN

KPM ambil serius kewujudan halaman pedofilia

Utusan Sarawak 2 days ago
MENTERI Pendidikan Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR:  Tempoh masa pengajaran bagi modul Garis Panduan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) akan ditambah dalam pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata modul berkenaan yang dilancarkan November lepas antara lain bertujuan meningkatkan tahap kesedaran kesihatan reproduktif dalam kalangan masyarakat khususnya murid, guru dan ibu bapa.

“Semua institusi pendidikan KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) diminta mematuhi garis panduan bagi menangani isu gangguan seksual yang sedang diguna pakai. Khidmat sokongan psikososial juga perlu terus diperkukuhkan untuk memberi sokongan kepada murid,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata KPM mengambil serius laporan media mengenai kewujudan halaman pedofilia di media sosial yang memaparkan murid sekolah dan menggesa supaya halaman sedemikian segera dilaporkan.

“Kewujudan halaman media sosial yang memaparkan kandungan lucah dan tidak bermoral perlu dibendung,” katanya.

Pada masa sama, Fadhlina turut menggesa ibu bapa memainkan peranan proaktif di rumah dengan mendidik serta melindungi anak-anak dari ancaman gangguan seksual.

“Mereka juga bertanggungjawab memastikan maruah anak-anak dipelihara,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: SMK Sri Sadong siap sepenuhnya, tingkatkan keselesaan, fasiliti pembelajaran
Next: UTM pasukan pertama negara yang berjaya mara ke peringkat akhir IREC 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.