Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Semakan kadar cukai jualan, peluasan skop cukai perkhidmatan berkuat kuasa 1 Julai – MOF
  • SEMASA

Semakan kadar cukai jualan, peluasan skop cukai perkhidmatan berkuat kuasa 1 Julai – MOF

Utusan Sarawak 9 hours ago
MENTERI Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

PUTRAJAYA: Kerajaan akan melaksanakan semakan kadar Cukai Jualan (CJ) dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan (CP) mulai 1 Julai ini untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara dengan meningkatkan hasil dan meluaskan asas percukaian.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata langkah ini bagi menambah baik mutu jaringan keselamatan sosial tanpa membebankan rakyat terbanyak.

“Kerajaan komited untuk meneruskan pembaharuan di bawah kerangka Ekonomi MADANI.

“Bagi memastikan rakyat terbanyak tidak terkesan daripada semakan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), Kerajaan MADANI mengambil pendekatan yang bersasar untuk memastikan barangan dan perkhidmatan asas tidak dikenakan cukai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata selain itu pelbagai kemudahan turut disediakan bagi mengurangkan kesan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS),

“Melengkapi usaha Kerajaan MADANI untuk merancakkan ekonomi dan memperkukuh jaringan keselamatan sosial, hasil tambahan daripada penambahbaikan SST ini akan membolehkan penambahbaikan lanjut dalam perkhidmatan awam,” kata Amir Hamzah.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Yang di-Pertua Negeri terima kunjungan hormat Jawatankuasa Sambutan Hari Keputeraan Agong
Next: Madinah urus kepulangan jemaah melalui perlepasan udara, selesai ibadah haji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.