Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Jawatankuasa Induk Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sarawak
  • SEMASA

Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Jawatankuasa Induk Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sarawak

Utusan Sarawak 11 hours ago
YANG di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Induk Sambutan Maal Hijrah 1446/1447 Peringkat Sarawak di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Foto Facebook Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar

PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Induk Sambutan Maal Hijrah 1446/1447 Peringkat Sarawak di Astana Negeri pada 11.00 pagi hari ini.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan menyampaikan jemputan rasmi kepada Tun Wan Junaidi dan isteri bagi menghadiri sambutan Maal Hijrah peringkat Sarawak yang akan diadakan pada 26 dan 27 Jun ini.

Bahagian Bintulu telah dipilih sebagai tuan rumah sambutan bagi tahun ini yang dijangka meriah dengan pelbagai pengisian termasuklah majlis doa awal dan akhir tahun serta majlis perhimpunan sambutan Maal Hijrah 1447H.

Delegasi kunjungan diketuai Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Kunjungan turut diiringi Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Misnu Taha, Timbalan Residen Bahagian Bintulu, Abang Zainuddin Abang Turkey dan Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Al-Fadhil Abang Borhanuddin Abang Ahmad Masuine.

Tun Wan Junaidi menzahirkan penghargaan atas jemputan tersebut dan mendoakan agar sambutan kali ini dapat memperkukuh ukhuwah serta mempertingkatkan penghayatan umat Islam terhadap hijrah sebagai asas transformasi diri, masyarakat dan negeri.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah ucap takziah atas tragedi nahas bas libatkan pelajar UPSI
Next: Yang di-Pertua Negeri terima kunjungan hormat Jawatankuasa Sambutan Hari Keputeraan Agong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.