Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Ronnie Hussein kini lebih selesa bergerak solo
  • HIBURAN

Ronnie Hussein kini lebih selesa bergerak solo

Utusan Sarawak 10 hours ago
Ronnie Hussein

KUALA LUMPUR: Selepas sedekad membawa haluan sendiri, penyanyi bernada tinggi Ronnie Hussein mengakui lebih selesa kekal sebagai penyanyi solo, walaupun beberapa kali menerima pelawaan untuk menyertai semula kumpulan muzik terkenal tanah air.

Bekas vokalis kumpulan Hyper Act itu berkata meskipun peluang berkolaborasi bersama band popular sentiasa terbuka, beliau lebih selesa untuk membina semula jenama seni bersama kumpulan baharu tanpa dibayangi kejayaan masa lalu atau penyanyi asal sesebuah kumpulan.

“Ramai juga yang pernah ajak saya, termasuk band-band lama yang pernah popular. Saya pun pernah gantikan Zamani dalam Slam sekitar 2009 dan sempat juga rakamkan satu album dengan mereka,” katanya  kepada  pemberita ketika sidang media Konsert Sebuah Kisah Volume 1, baru-baru ini.

Menurut Ronnie, keputusannya untuk kekal sebagai penyanyi solo bukan kerana ego atau mahu menjauhkan diri daripada band, tetapi lebih kepada keselesaan dan ketelusan dalam berkarya tanpa dibandingkan dengan penyanyi asal. 

“Saya dah pernah rasa semua itu… bila kita ganti penyanyi asal, pasti akan ada perbandingan. ‘Benchmark’ mereka sangat tinggi, jadi daripada saya kena kritik  atau dibandingkan, lebih baik saya mulakan sesuatu dengan kumpulan baharu dan naik sama-sama,” katanya.

Tambah penyanyi yang popular dengan lagu Dikoyak Waktu dan Salahkah ini, tekanan akibat dibanding-bandingkan itu boleh menjejaskan semangat seseorang artis, lebih-lebih lagi jika nama asal yang digantikan mempunyai tempat istimewa di hati peminat.

Meskipun kini lebih dikenali sebagai penyanyi solo, Ronnie tidak menafikan keunikan dan kelebihan persembahan bersama kumpulan berbanding secara solo.

“Dia ada pro’s and con’s lah bila kita pergi solo dengan band, bila kita dengan band itu banyak benda yang kita boleh buat di pentas maksudnya banyak gimik kita boleh buat. Jadi bila dengan minus one (solo) dia begitu sahajalah, dia tak ada apa-apa sangatlah yang istimewa,” katanya.

Dalam perkembangan terbaharu, Ronnie bakal membuat persembahan istimewa bersama kumpulan pop terkenal dari Indonesia, Dadali, dalam konsert eksklusif mereka yang dijadual berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 5 Julai depan.

Menurutnya, tawaran itu datang terus daripada vokalis Dadali sendiri, Dyrga Dadali yang mengenali Ronnie semasa mereka sama-sama terbabit dalam program Gegar Varganza.

“Nama saya menjadi yang pertama dia (Dyrga) sebut, mungkin sebab masa Gegar Vaganza itu kami sudah bergaul jadi dia tahu saya ini easy-going, jadi bila dia tanya sahaja saya terus cakap okey,” katanya.

Masih berusaha mengekalkan nama dalam dunia hiburan tanah air walaupun tanpa band, menurut Ronnie apa yang penting ialah kekal jujur dalam berkarya dan tidak terikut-ikut dengan tekanan industri. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: ‘ON’ BTS lepasi 500 juta strim di Spotify
Next: Filem pendek ‘Space Between’ angkat warisan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.